BILA WANITA MENJAGA AURATNYA



Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita
terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.



Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan
pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang
dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin
dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau
akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak
Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

[...] Selengkapnya...

MIMPI RASULULLAH S.A.W

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur.Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:


1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu”.


[...] Selengkapnya...

Tips for Memorizing the Qur’an

Allah says in the Holy Qur’an (interpretation of the meaning): “Those who recite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly and openly, hope for commerce that will never fail” (Fatir 35:29)
Abdullah ibn Amr ibn Al-As may Allah bless him reported: The Prophet peace be upon him said, "The one who was devoted to the Qur'an will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite.''' [Abu Dawud and At-Tirmidhi].



This Hadith mentions the merit of those who memorize part or all of the Qur'an. Some scholars, in explaining this Hadith, have mentioned that the number of ranks (levels) in Paradise is equal to the number of ayahs in the Qur’an, and that a believer will rise one rank for each ayah that he or she memorizes.

In another Hadith, Othman ibn Affan may Allah bless him reported that the Messenger of Allah peace be upon him said, "The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it.'' [Al-Bukhari].

In what follows we list a few hints regarding memorizing the Qur’an, some of which were presented to us by the knowledgeable Sh. Osama Abdul-Azeem of Al-Azhar University in Cairo, Egypt.
• First, make sure to correct your tawbah (repentance to Allah), as sins do not leave any room for the Words of Allah. The Imam Al-Shafie has a famous verse of poetry in which he complained to his scholar about having difficulty in memorizing. His scholar advised him to abandon sins
• Have your intention ready, and bear in mind the reward and virtues of this great deed as mentioned in the Hadiths above. Ask Allah sincerely to assist you in accomplishing this.
• Dedicate a specific time each day (or every couple of days) for memorizing. This should be a time when you are not busy with other things.
• Use the same copy of the Qur’an each time. This is because your mind takes a ‘snapshot’ of the pages.
• Start with the surahs that are easiest to you. Many people recommend beginning with the last five juz’s (the 30th, then the 29th, and so on).
• Other surahs to begin with are those that you enjoy reciting most of all, and those that you frequently listen to and thus probably already know part of by heart.
• The younger you are, the easier it will be. As you grow older, you get busier and your capacity for memorizing decreases. However, it’s never too late in shaa Allah. If you haven’t memorized a lot during your childhood or teens, you can still catch up.
• After completing a couple of ayahs, recite them in the next nafl (voluntary prayer) that you pray. Alternatively, practice them with a friend or your spouse.
Finally, it might be a good idea to work in groups, encouraging one another. If you are trying to get your children to memorize, you might want to create a sense of competition among them and then provide some reward to whoever memorizes best. May Allah guide us to all that pleases Him, Ameen.

[...] Selengkapnya...

PERISTIWA AKHIR ZAMAN

UMAT ISLAM MENGEKORI YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Abu Sa’idAl-Khudri ia. beliau berkata:
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk lubang biawak
pun kamu akan mengekori mereka.
Sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?
Nabi s.a.w, menjawab:
Siapa lagi kalau bukan mereka.
(H.R. Muslim)

Huraian

Orang Yahudi dan Nasrani tidak pernah menyenangi orang-orang Islam. Mereka
sentiasa mencari jalan untuk merosak, melemah dan melumpuhkan kekuatan serta
keimanan kaum muslim, Sejak dahalu Yahudi dan Nasrani menggunakan berbagai cara untuk meruntuhkan akidah dan kesucian agama Islam. Percubaan demi percubaan mereka lakukan sama ada dengan cara yang dapat dikesan mahupun tidak,Perancangan mereka adalah untuk menghapuskan terus agama Islam dan kaum muslimin di muka bumi mi. Justeru sebagai langkah menuju ke matlamat tersebut
mereka memperkenalkan berbagai bentuk dan cara kehidupan untuk mempengaruhi
umat Islam. Sehubungan dengan ini baginda Rasulullah s.a.w. awal-awal lagi
telah memberi amaran dan peringatan kepada umatnya supaya tidak mengikut jejak
langkah orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Sabda Rasululiah s.a.w.:
Bukan dan golongan kita sesiapa yang menyerupai orang yang bukan dan kita.
Janganlah kamu semua mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani.”
(HR. Tarmidzi)

Di dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda :
Barangsiapa yang mempunyai sesuatu kaum maka dia termasuk ke dalam golongan
mereka.
(H.R. Abu Daud)

At-Tarmidzi meriwayatkan lagi dan Rasulullah s.a.w.:
Janganlah sampai salah seorang dan kamu menjadi pak turut lalu dia berkata :
Aku bersama orang ramai. Jika mereka berbuat baik, aku pun buat baik, danjika
mereka buat jahat aku pun buat jahat. Tetapi hendaklah kamu menyediakan din
kamu, jika orang ramai membuat kebaikan hendaklah kamu membuat Baik dan jika
orang ramai membuat kejahatan hendaklah kamu menjauhkan diri dari kejahatan
itu.”
(HR. Tarmidzi)

Hadis-hadis di atas menjelaskan tentang larangan Rasulullah s.a.w. kepada
umatnya agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang bertentangan
dengan ajaran Islam. Umat Islam mengikut baginda, hendaklah mempunyai maruah,
akhlak, harga din identiti dan ketahanan jiwa yang kental di dalam menghadapi
pengaruh-pengaruh luar yang boleh merosakkan keimanan mereka.

Islam melarang penganut-penganutnya mencontohi akhlak Yahudi dan Nasrani,
meniru adat istiadat dan upacara mereka. Sebaliknya umat Islam harus kembali
kepada sunnah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka harus merujuk kepada
ajaran agama mereka yang jauh lebih suci dan mulia.

Namun demikian, seperkara yang amat menyedih dan membimbangkan apabila terdapat
segelintir umat Islam yang kelihatannya telah mula terjebak dalam perangkap
yang dipasang oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Mereka seolah-olah khayal dan
terpukau dengan cara hidup dan akhlak yang asing dan agama mereka sendiri.
Akhirnya ada yang mengikut jejak langkah Yahudi tetapi mengaku dan berikrar
sebagai seorang muslim. Mudah-mudahan Allah s.w.t. melindungi kita dan
memelihara iman kita agar tidak turut musnah dalam jerat Yahudi dan Nasrani
yang sentiasa menanti mangsanya.

KESIMPULAN DAN PENGAJARAN

1. Islam adalah suatu agama yang mempunyai nilai— nilai akhlak yang mulia, dan
menggalakkan umatnya supaya memiliki keperibadian Islam yang diredai oleh Allah
s.w.t.

2. Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan berlapang dada dan berpuas hati
sehinggalah orang-orang Islam mengikut agama dan cara hidup mereka.

3. Pada waktu akhir zaman umat Islam sebahagiannya telah terpengaruh dengan
cara hidup Yahudi dan Nasrani lalu terus terjerumus ke lembah kesesatan dan
kemurkaan Allah Azzawajalla.

4. Seseorang muslim hendaklah mempertahankan identiti dan akhlaknya agar tidak
dicemari oleh unsurunsurjahiliah dan mungkar yang di bawa oleh bangsa Yahudi
dan Nasrani.

5. Rasulullah s.aw. melarang umatnya dan meniru buta amalan dan budaya orang
lain yang bertentangan dengan Islam, sebaliknya menyuruh mereka menghidupkan
sunnahnya di dalam kehidupan mereka.



[...] Selengkapnya...

DIAM..TANDA KEIMANAN

Dalam upaya mendewasakan diri kita, salah satu langkah awal yang harus kita
pelajari adalah bagaimana menjadi peribadi yang berkemampuan dalam menjaga juga
memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw,
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar
atau diam.", hadits diriwayatkan oleh Bukhari.

1. Jenis-jenis Diam

Sesungguhnya diam itu sangat bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang
dengan diam jadi emas, tapi ada pula dengan diam menjadi masalah. Semuanya
bergantung kepada niat, cara, situasi, juga keadaan pada diri dan
lingkungannya. Berikut merupakan jenis-jenis diam yang biasa kita lihat:

a. Diam Bodoh
Iaitu diam kerena memang tidak tahu apa yang harus dikatakan. Hal ini terjadi
kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidakmengertiannya, atau kelemahan
pemahaman dan alasan ketidakmampuan lainnya. Namun diam ini jauh lebih baik
daripada memaksakan diri bicara yang tidak diketahui.

b. Diam Malas
Diam jenis ini merupakan keburukan, kerana diam pada saat orang memerlukan
perkataannya, dia enggan berbicara karena merasa moodnya tidak baik, tidak
berselera atau malas.

c. Diam Sombong
Ini pun termasuk diam negatif karena dia bersikap diam berdasarkan anggapan
bahwa orang yang diajak bicara tidak setaraf dengannya.

d. Diam Khianat
Ini diamnya orang jahat karena dia diam untuk menjatuhkan orang lain. Diam pada
saat diperlukan kesaksiaannya yang dapat menyelamatkan seseorang yang lain
adalah diam yang keji.

e. Diam Marah
Diam seperti ini ada baiknya dan adapula buruknya, baiknya adalah jauh lebih
terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan suasana. Namun,
buruknya adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tapi untuk
memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh jadi diamnya ini juga menambah
masalah.

f. Diam Utama (Diam Aktif)
Yang dimaksud diam keutamaan adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan
perenungan niat yang membuahkan keyakinan bahawa dengan bersikap menahan diri
(diam) maka akan menjadi maslahat lebih besar berbanding dengan berbicara.

2. Keutamaan Diam Aktif

a. Hemat Masalah
Dengan memilih diam aktif, kita akan menjaga kata-kata yang berpeluang
menimbulkan masalah.

b. Hemat dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata menjadi dosa pun menipis,
terhindar dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.

c. Hati Selalu Terjaga dan Tenang
Dengan diam aktif bererti hati akan terjaga dari riya, ujub, takabbur atau
aneka penyakit hati lainnya yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.

d. Lebih Bijak
Dengan diam aktif berarti kita menjadi pendengar dan pemerhati yang baik,
diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan, pemahamannya jauh lebih mendlam
sehingga pengambilan keputusan pun jauh lebih bijak dan arif.

e. Hikmah Akan Muncul
Yang tak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif
adalah bercahayanya hatinya, memberikan idea dan gagasan yang cemerlang, hikmah
dari Allah swt akan menyelimuti hati, lisan, sikap dan perilakunya.

f. Lebih Berwibawa
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan
kewibawaannya tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan
atau meremehkan.


Selain itu, diam aktif berupaya menahan diri dari beberapa hal, seperti:

1. Diam dari perkataan dusta / bohong
2. Diam dari perkataan sia-sia
3. Diam dari komentar spontan
4. Diam dari kata-kata yang berlebihan
5. Diam dari keluh kesah
6. Diam dari niat riya dan ujub
7. Diam dari kata yang menyakiti hati
8. Diam dari perkara yang tidak diketahui

Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa berkata benar atau diam. Semoga pula Allah
redha hingga akhir hayat nanti, saat ajal menjelang, lisan ini diperkenankan
untuk menghantar ruh kita dengan sebaik-baik perkataan yaitu kalimat tauhid
"lah ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantar kita ke syurga. Aamiin


[...] Selengkapnya...