111 WASIAT RASULULLAH SAW

Assalamualaikummmm....

pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua kerana telah lama x update blog ni.......


WAHAI Ukhiti Muslimah! Sebahagian dan akhlak seorang Islam yang sejati itu
ialah pemalu dan menyimpankan segala rahsia dan cacat cela saudaranya. Tidak
suka menyebarkan berita-berita buruk, fitnah atau tuduhan palsu yang
bukan-bukan di dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang wanita Muslimah itu
sentiasa mengamalkan petunjuk-petunjuk Al Qur’an dan sunnah yang suci yang
mengancam bagi setiap manusia yang suka menyebarkan berita-berita palsu dan
memburuk-burukkan saudara-saudaranya. Ancaman itu adalah berupa keazaban dunia
dan akhirat.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu
tersiar di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia
dan di akhirat.”
(An-Nur: 19)


Dan itu wahai Ukhti Muslimah, janganlah melepaskan lidahmu dalam menyebarkan
berita-berita jahat dan tuduhan-tuduhan palsu di dalam masyarakat Islam, kerana
dosanya sangat besar disisi Allah.

Ali bin Abi Thalib ra. pernah berkata:
“Yang membuat kejahatan dan orang yang menyebarkan beritanya, sama banyak
dosanya.”
(Riwayat Bukhari).

Seorang Muslimah yang hidup di dalam masyarakat Islam, adalah penutup berita
jahat dan tuduhan palsu. Dia pemalu dan tidak tergamak untuk berbuat dosa dan
noda. Dia mempunyai akhlak yang mulia yang diperolehinya dan didikan Islam yang
menghalanginya daripada melibatkan diri dan menggugat dan melukai kehormatan
manusia. Dia memelihara lidahnya dan menyiarkan berita maksiat samada berita
itu didengarnya dan orang lain atau dia melihatnya sendiri.

Semuanya itu ditutupnya rapat-rapat kerana mengamalkan Hadis Rasulullah SAW:
"Tiap-tiap umatku dimaafkan kecuali yang berterang-terangan. Yang dimaksud
dengan berterang-terangan adalah seorang lelaki yang berbuat dosa pada waktu
malam, padahal pada waktu pagi hari Allah telah menutup segala rahsianya, lalu
dia berkata: “Hai pulan sesungguhnya aku telah berbuat begini dan begini,”
padahal dia telah bermalam ditutup oleh Allah SWT dan dia sendiri mendedahkan
rahsia Allah SWT.
(Muttafaq alaihi).

Sabdanya lagi:
“Tidak menutup seorang hamba akan seorang hamba didunia melainkan Allah SWT
menutupnya di akhirat, (menutup rahsianya, menutup cacat celanya).
(HR. Muslim).

Wahai Ukhti Muslimah! Sesungguhnya mengubati dan merawat kelemahan kemanusiaan
bukanlah dengan cara mengintip kesalahannya, cacat celanya, mendedahkannya atau
mengisytiharkannya. Sebaliknya hendaklah menerangkan kebenaran kepada
pendengaran mereka dan membawa mereka supaya taat kepada Allah. Disamping itu
pula menerangkan akibat buruk dan maksiat yang dilakukan. Semuanya itu
hendaklah dilakukan dengan lemah-.lembut, sebab hari ya dengan lemah lembut
sahajalah boleh membuka pintu hati yang tertutup. Oleh kerana itu, Islam
melarang kita mencarican kesalahan orang lain, sebagaimana firman Allah:
“Jannganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.”
(Al-Hujurat: 12)

Dalam satu riwayat dan Ibn Abbas menceritakan bagaimana marahnya Rasulullah SAW
kepada mereka yang berseronok-seronok memperkatakan aib dan cacat cela dan suka
mendedahkan rahsia manusia, dia berkata:

“Telah berkhutbah Rasuluflah SAW dengan satu khutbah sehingga terdengar khutbah
baginda kepada gadis-gadis di dalam bilik mereka lalu beliau bersabda:

“Hai sekalian orang yang beriman dengan lidahnya padahal belum masuk iman di
hatinya janganlah kamu menyakiti orang-orang mukmin dan jangan kamu
mencari-cari dan mengikuti aurat (rahsia-rahsia mereka) kerana sesungguhnya
siapa yang mengekori aurat saudaranya yang muslim, Allah SWT mendedahkan
rahsianya dan barangsiapa mengekori auratnya, Allah SWT membuka rahsianya
sekalipun didalam rumahnya.”
(HR. Tabrani)

Dan keterangan hadis di atas ini menjelaskan kepada kita, betapa besarnya dosa
yang dilakukan oleh mereka-mereka yang suka membuka rahsia orang, atau dengan
sengaja membuat berita-berita palsu, sehingga mereka dimasukkan oleh Rasulullah
SAW ke dalam golongan orang-orang yang kosong hatinya dan iman. ini adalah dosa
yang paling besar di sisi Allah SWT yang barangkali selama ini disangkakan dosa
kecil.


36 JAUHILAH PERASAAN BURUK SANGKA
===================================
WAHAI Ukhti Muslimah! Sesungguhnya seorang Muslimah sejati itu tidak mudah
menyangka buruk kepada sesama manusia. Tidak tergamak ia membiarkan khayalan
dan fikirannya menyangka yang bukanbukan kepada seseorang, padahal orang
tersebut bersih dan apa yang disangkakannya.
Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dan prasangka, sesungguhnya
sebahagian dan prasangka itu adalah dosa.”
(Al-Hujurat: 12)

Rasulullah SAW mengecam dengan kerasnya bagi kaum Muslimin yang berburuk sangka
kepada sesama manusia. Sebagaimana sabda beliau:
“Awaslah terhadap buruk sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah
perkataan yang paling bohong.”
(Muttafaq alaihi)

Dan keterangan hadis Rasulullah SAW di atas ini, jelas memberikan peringatan
kepada kita supaya kaum muslimin tidak mempunyai sangkaan buruk terhadap
manusia lainnya. Rasulullah mengarahkan kepada kita supaya memandang perbuatan
lahir manusia sahaja tanpa menggantungkan din kepada prasangka. Sebab tidak ada
yang mengetahui rahsia yang tersembunyi di hati seseorang kecuali Allah.

Sementara manusia itu tidak ada yang dapat diketahuinya dan saudaranya kecuali
yang lahirnya sahaja. Adapun tentang masalah batin, kita serahkan sahaja kepada
Allah SWT.

Abdullah bin Mas’ud telah mendengar Umar bin Khattab ra. berkata: “Sesungguhnya
ada beberapa orang yang dihukum berpandukan wahyu (wahyu yang menentukan baik
atau jahat seseorang) di zaman Rasulullah SAW, dan pada saat sekarang wahyu
telah berhenti, jadi kami hari yalah menghukum kamu menurut zahirnya sahaja
perbuatanmu, barangsiapa yang lahir kebaikannya kepada kami, kami biarkan
keamanan kepadanya dan kami hampirkan dia kepada kami dan kami tidak
bertanggungjawab mengetahui rahsianya. Rahsianya akan dihisab oleh Allah SWT.
Barangsiapa yang nampak kepada kami kejahatannya, kami tidak mempercayainya dan
tidak memberi keamanan kepadanya walaupun dia berkata: “Hatinya dan rahsianya
baik.”

Oleh kerana itu, seorang muslimah yang bertaqwa, dirinya akan selalu waspada
dan setiap perkataan yang diucapkannya, berfikir panjang sebelum menjatuhkan
hukuman atau keputusan. Ia selalu berpedoman kepada firman Allah:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan
diminta pertanggungan jawabnya.”
(Al-Isra’: 36)

Justeru itu, seorang Muslimah sejati mestilah patuh dan tunduk di hadapan
hidayah ini, tidak bercakap, tidak bertindak tanpa ilmu dan tidak menjatuhkan
hukuman melainkan dengan keyakinannya.

Lebih dan itu, dia akan merasa takut menuduh atau bersangka buruk kepada
seseorang, kerana dalam hatinya selalu melihat malaikat yang sentiasa mencatit
segala tingkah lakunya baik lahir mahupun batin. Sebagaimana firman Allah:

“Tiada suatu uca pan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat
pengawas yang selalu hadir.”
(Qaaf: 18)

Bagi seorang muslimah yang benar-benar mengerti dan menghayati ayat di atas
ini, maka hatinya akan merasa gementar dan merasa takut dan
mempertanggungjawabkan setiap patah perkataan yang dituturkan. Maka kita akan
melihat dia berjaga-jaga dan waspada sebelum ia mengeluarkan perkataannya. Dia
akan menimbang dan memikirkan terlebih dahulu masakmasak sebelum mengeluarkan
satu-satu perkataan. Kerana dia tahu dan ajaran agamanya bahawa katakata yang
diucapkannya itu mungkin akan diredhai oleh Allah SWT atau akan mendapat
kemurkaan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang yang mengucapkan perkataan yang diredhai Allah SWT yang
dia tidak menyangka bahawa kata-katanya itu akan mendapat keredhaan dan Allah,
maka keredhaan untuknya dan Allah sampai hari kiamat. Dan seseorang yang
mengucapkan perkataannya itu akan sampai kemana-mana. Lalu Allah SWT
memurkainya hingga hari kiamat.”
(HR. Imam Malik).

Dan itu wahai ukhti Muslimah, bersihkanlah hatimu dan perasaan buruk sangka,
sebab buruk sangka itu akan membawa kepada malapekata.


#2 - SELALU MENYENANGKAN HATI SUAMI
================================
RASULULLAH SAW bersabda:

“Sukakah kamu aku ceritakan bakal isterimu di syurga? Para sahabat menjawab;
Tentulah sahaja kami suka.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “iaitu setiap isteri
yang kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu
ia menyerahkan dirinya dan berkata, “Inilah tanganku terserah kepadamu, saya
tidak akan dapat tidur hingga engkau rela kepadaku.”
(HR. Thabrani).

Isteri yang solehah itu tidak akan menyusahkan suaminya, ia selalu berusaha
untuk menghilangkan kesusahan suami dan ikut serta membantu menyelesaikan
masalah yang sedang dihadapi. Di dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi
Muhammad SAW setelah menerima wahyu yang pertama di Qua Hira’, dia menceritakan
kepada isterinya Khadijah tentang semua suka duka yang dialaminya, supaya
mendapat sokongan, bantuan dan hiburan dan isteri tercinta. Isteri yang
terkenal sebagai seorang wanita Quraisy yang paling cerdas akalnya dan luhur
budi pekertinya itu, sangat mengerti apa yang diharapkan oleh kekasihnya.
Dengan penuh kehangatan dan kasih sayang dia berusaha menghiburkan dan
meyakinkan hati suaminya itu.

Dia pula manusia pertama yang percaya pada Kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dialah
yang menghibur Rasulullah SAW ketika pulang dan Gua Hira’, sedangkan pada waktu
itu Rasulullah dalam keadaan ketakutan yang luar biasa. Kerana secara tiba-tiba
sewaktu ia berada di Gua Hira’, iaitu pada bulan Ramadhan, ia didatangi oleh
malaikat yang berkata: “Hai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah!”

Rasulullah SAW bersabda:

“Pada waktu itu aku duduk bersimpuh, seluruh sendi kakiku terasa seperti akan
tanggal. Aku berjalan merangkak, sedangkan seluruh tubuhku menggigil.
Tergopoh-gapah aku masuk kerumah menemui Khadijah, sambil berkata: “Selimutkan
aku, selimutkan aku.” Akhirnya rasa takutku beransur hilang.” Aku ceritakan
semuanya yang aku alami kepada Khadijah. Lalu dengan penuh rasa percaya dan
mesra dia berkata: “Bergembiralah wahai sayangku! Demi Allah, Dia tidak akan
menghinakanmu sedikitpun. Demi Allah sesungguhnya dirimu aku perhatikan, sen
tiasa memelihara hubungan baik dengan keluarga, bercakap benar, menunaikan
amanah, tabah dalam inenanggung musibah, suka menerima tamu, dan sedang
menolong orang yang ditimpa bencana.”
(HR. Thabrani).

Itulah Khadijah seorang wanita mulia, ia selalu menguatkan semangat dan
meringankan beban penderitaan suaminya. Ia selalu berusaha untuk mengecilkan
beban dan musibah yang sedang di alami si suami dalam perjuangan, hingga akhir
hayatnya.

Khadijah mengetahui betul sifat dan akhlak kekasthnya baik di dalam mahupun di
luar rumah. Kata-kata “bergembiralah” sebagaimana yang disebutkan diatas,
adalah satu ucapan yang keluar dan lubuk hati seorang isteri yang sudah
menempuh perjalanan hidup yang sangat panjang baik senang mahupun susah dengan
buah hatinya. Di ucapkannya kata-kata penghibur dengan penuh rasa percaya dan
sukacita, kerana dia sudah melihat cahaya terang sudah mulai menghalau
kegelapan.

Kemuliaan jiwa Khadijah itu, membuatkan Rasulullah tidak dapat melupakan
isterinya itu, sehingga ketika Khadijah sakit, Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalnya. Sewaktu KhadijaI sudah meninggal dunia, Rasulullah selalu
mengingat dan mengenang isteri tercintanya yang berani dan tabah dalam
menghadapi suka duka kehidupan. Rasulullah juga tidak dapat melupakan kasih
mesra yang diberikan Khadijah, sehingga ía menghembus nafasnya yang terakhir.

#6 - REDHA TERHADAP QADHA DAN QADAR ALLAH
================================
RELA terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan
merupakan tanda adanya iman di hati seseorang. Dalam sebuah hadis qudsi
dijelaskan bahawa Allah berfirman:
“Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidakbersabar atas bencana yang
Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dan pada-Ku.
(HR. Thabrani).

Dalam Al-Qur’an Allah berfirman:
“Apakah man usia itu men gira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: “Kami
telah beriman,” sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji
orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam
keimanannya).”
(Al-Ankabut: 2-3)

Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana
(bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka
diantara merkea ada yang keluar seperti emas as ii, iaitu mereka yang
dilindungi dan dipim pin oleh Allah dan perkara syubhat, dan ada diantara
mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat
fitnah,”
(HR. Thabrani).

#7 - NIAT YANG IKIILAS
================================
RASULULLAR SAW bersabda:

“Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya, dan sesungguhnya
bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai bagairnana niatnya. Barang siapa
hijrahnya kerana men uruti perintah Allah dan Rasul-Nuya nescaya hijrahnya
diterima oleh Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala), dan barang siapa
hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang
akan dikahwininya, maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu.”
(HR. Bukhari Muslim)

“Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kernudian menjelaskan
keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan, kemudian tidak
dikerjakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala), dan jika kern
udian dikerjakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan (pahala), dan mungkin
ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dan itu. Dan apabila
seseorang berniat akan berbuat kejahatan, kemudian tidak dikerjakannya, mak.a
Allah mencatat baginya satu kebaikan (pahala). Dan jika fiat jahat itu
dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan.”
(HR. Bukhari dan Muslim).

0 comments: